SELAMAT HARI WANITA

Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kuala Kangsar Mengucapkan Selamat Hari Wanita buat semua ahli Pengakap Wanita. Terutamanya para Pemimpin Wanita yang komited dalam menjayakan agenda Pengakap Malaysia.
Jasa dan pengorbanan anda amatlah dihargai.

Teruskan berpengakap!

PENTARAFAN PENGAKAP RAJA 2015

Berikut dipanjang maklumat dari Sekretariat Pentarafan Pengakap Raja PPM Negeri Perak untuk makluman Calon Pengakap Raja 2015.

Salam Pengakap!

Calon Pengakap Raja 2015,

PERKHEMAHAN PENTARAFAN PENGAKAP RAJA 2015

Adalah saya dengan sukacita dimaklumkan bahawa Perkhemahan Pentarafan Pengakap Raja yang akan diadakan seperti tetapan berikut: -

Tarikh : 23 April 2015 hingga 26 April 2015
Masa Pendaftaran : 10.00 pagi (23 April 2015 - Khamis)
Masa Bersurai : 2.00 petang (26 April 2015 - Ahad)
Tempat : Kem Kota, Layang-Layang Kiri, Parit, Bota
Yuran Perkhemahan : RM 25.00 (Dua Puluh Lima Ringgit Sahaja)

Calon yang berjaya akan menerima surat tawaran tidak lama lagi. Mohon semua membuat persediaan awal dan memastikan ke semua perkara yang di kehendaki menepati syarat.

Anda juga boleh muat turun borang yang di perlukan untuk Pentarafan Pengakap Raja menerusi dropbox link seperti di bawah.

https://www.dropbox.com/sh/icxlubbdzq6zwud/AAD0quHf0J4kIkw7mJmygZBRa?dl=0

Salam Hormat daripada,

Raymond Chow
Sekretariat Lembaga Pentaraf Pengakap Raja
Perak Darul Ridzuan

PENANGGUHAN KURSUS KEPIMPINAN PENGAKAP REMAJA 2015

PPM negeri Perak telah menangguhkan KURSUS KEPIMPINAN PENGAKAP REMAJA 2015 ke suatu tarikh lain yang belum ditetapkan.

Diharapkan para Pemimpin Pengakap Remaja seluruh Daerah Kuala Kangsar telah mendapat maklumat ini.

Sekian, terima kasih.

SAMBUTAN HARI PENGASAS PENGAKAP SEDUNIA

Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kuala Kangsar telah menghantar seramai 60 orang ahli pengakap dan 10 pegawai menyertai PROGRAM HARI PENGASAS PENGAKAP SEDUNIA DAN PELANCARAN KEMPEN "1 PENGAKAP 1 POKOK" PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2015.

Program yang berlangsung di Zoo Taiping ini telah disertai oleh lebih 800 orang ahli Pengakap dari seluruh Negeri Perak.

Tahniah dan terima kasih untuk semua yang terlibat.

KEM PENTARAFAN PENGAKAP RAJA, PERINGKAT NEGERI PERAK 2015

Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak akan mengadakan Pentarafan Pengakap Raja Peringkat Negeri Perak 2015 pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh : 23-26 April 2015
Tempat : Kem Kota Layang-layang Kiri, Bota

Semua Pemimpin dan Calon Pengakap Raja daerah Kuala Kangsar diminta bersedia dan mengambil tindakan sewajarnya.

Sila rujuk emel untuk maklumat lanjut.

Sebarang pertanyaan sila rujuk dan berhubung dengan Tuan Pesuruhjaya PPM Daerah Kuala Kangsar.

Harap maklum, terima kasih.

KURSUS KEPIMPINAN PENGAKAP REMAJA 2015

Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak akan menganjurkan Kursus Kepimpinan Pengakap Remaja Peringkat Negeri Perak 2015 seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 6 - 8 Mac 2015
Hari : Jumaat hingga Ahad
Bayaran : RM20.00
Masa Mendaftar : 2.00 pm, 6 Mac 2015
Masa Bersurai : 2.00 pm, 8 Mac 2015

Sila rujuk emel untuk syarat-syarat serta maklumat lanjut.

Sebarang pertanyaan sila rujuk dan berhubung dengan Tuan Pesuruhjaya PPM Daerah Kuala Kangsar.

Harap maklum, terima kasih.